KUALA LUMPUR: Hari ini (Sabtu) menandakan operasi ketenteraan Rusia di Ukraine sudah menjangkau dua tahun, daya tahan negara ini menjadi sumber harapan di tengah-tengah cabaran menghadapi pencerobohan dan kepayahan menjalani proses membina semula negara.
Bekas Duta Ukraine ke Malaysia Olexander Nechytaylo berkongsi dengan Bernama bahawa kerajaannya tidak jemu bekerja untuk menjamin kedaulatan dan membina semula negara di tengah-tengah kesukaran.
"Ia merupakan satu tugas utama memandangkan kemusnahan yang besar. Namun, kami telah berjaya dan penghargaan diberikan atas kecekapan dasar kerajaan dan bantuan antarabangsa yang telah membantu kami bertahan.
"Kiev tetap berdiri teguh meskipun setelah dua tahun pencerobohan; semua kemudahan pengangkutan berfungsi seperti biasa, kanak-kanak menghadiri sesi persekolahan, pusat membeli-belah dibuka dan orang ramai bertekad mempertahankan tanah air dan cara hidup kami," kata Nechytaylo yang kembali ke Kiev pada Jun 2022.
Beliau menekankan dua faktor penting yang menyumbang kepada daya tahan Ukraine, terutama dalam sektor seperti pertanian dan tenaga, serta semangat tidak berbelah bahagi warganya serta keberanian anggota tenteranya.
Sementara itu, beliau berkata kejayaan menyekat armada Laut Hitam Rusia telah memudahkan perdagangan antarabangsa dan mendorong pemulihan ekonomi.
"Rakyat kami berhasil menyekat armada Rusia di Laut Hitam, memastikan laluan perkapalan penting kini berfungsi sepenuhnya.
"Sejak Ogos 2023, lebih 700 kapal komersial telah belayar melalui Laut Hitam dari pelabuhan Ukraine dengan membawa pelbagai jenis kargo termasuk lebih 20 juta tan gandum kepada rakan kongsi kami di Asia, Asia Barat dan Afrika. Oleh itu, perdagangan antarabangsa kekal sebagai pemacu utama untuk memulihkan ekonomi kita," kata bekas duta itu.
Mengenai hampir lima juta orang di Ukraine yang hilang tempat tinggal dengan kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, bersama-sama lebih enam juta rakyatnya mencari perlindungan di luar negara, Nechytaylo menegaskan bahawa situasi itu menggariskan skala krisis kemanusiaan yang berkaitan dengan keperluan pelarian dalaman (IDP).
Beliau berkata ia menjadi keutamaan kerajaan dengan usaha bersepadu menyediakan bantuan dan insentif kepada IDP untuk melibatkan mereka dalam aktiviti ekonomi termasuk menubuhkan perniagaan mereka sendiri.
"Setakat ini, kebanyakan IDP telah menetap dengan baik, tetapi matlamat utama adalah untuk membantu mereka membina semula kehidupan mereka.
"Dalam tempoh jangka masa panjang, kerajaan dijangka mewujudkan insentif dan peluang lain bagi menggalakkan rakyat Ukraine di luar negara kembali dan menyumbang kepada pembinaan semula negara," kata Nechytaylo.
Sebelum ini, Bernama melaporkan bahawa Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) menganggarkan hampir 6.5 juta pelarian dari Ukraine telah mencari perlindungan di seluruh dunia, dengan 3.7 juta pelarian dalaman direkodkan sejak pencerobohan itu.
Nechytaylo berkata Ukraine tetap terbuka kepada perkongsian yang bertujuan memperkukuh keupayaan pertahanan negara, di tengah-tengah cabaran berterusan akibat konflik yang melanda.
"Ukraine pastinya akan mengalu-alukan sebarang perkongsian yang membantu mengukuhkan keupayaan pertahanan kami," katanya.
Pada 24 Feb 2022, Rusia memulakan operasi ketenteraan menyeluruh ke atas Ukraine. Konflik berterusan sejak itu, dengan Ukraine gigih menentang pencerobohan Rusia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 24 2024
Seorang askar Ukraine berjalan di sebelah bangunan kediaman yang rosak teruk akibat serangan tentera Rusia di bandar Avdiivka. - Gambar fail/ Reuters
Korea Selatan sasar kerjasama ketenteraan dengan Malaysia naik taraf K200 IFV
Korea Selatan menyatakan minat untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi menaik taraf armada Kenderaan Tempur Infantri K200 (IFV).
Wai Ching 'hangatkan' Larian Menara Naza
Selepas menawan puncak Menara Taipei 101 baru-baru ini, pelari menara nombor satu dunia Soh Wai Ching mengesahkan penyertaan pada Larian Menara Naza.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan buat kerja, bukan cari populariti - Amirudin
Kata Amirudin, pembangkang hanya menjual isu-isu tertentu bagi mencari perhatian, khususnya pada musim pilihan raya.
Sarawak sasar juara keseluruhan Sukma XXI di Bumi Kenyalang
Abang Johari berkata, 9,927 atlet terpilih membawa cabaran Sarawak pada temasya dwitahunan itu harus tetapkan matlamat untuk capai kejayaan.
Serangan Rafah: Rakyat Palestin ratapi pemergian orang tersayang
Penduduk Palestin mengadakan solat jenazah untuk mereka yang terkorban di Rafah pada Khamis, ketika Israel meneruskan serangan di selatan Gaza.
Dana pilihan raya India: Modi dan Gandhi saling menuduh
Ambani dan Adani tidak memberi sebarang komen tentang siapa yang disokong dalam pilihan raya, manakala kedua-dua Modi dan Gandhi tidak mengemukakan sebarang bukti terhadap dakwaan mereka.
Tujuh terbunuh di Pakistan disyaki serangan etnik
Tujuh lelaki pekerja asing maut dipercayai ditembak oleh militan pemisah yang terbabit dalam keganasan etnik terhadap orang asing di barat daya Pakistan.
Junta Myanmar rancang adakan semula pilihan raya
Ketua Tentera Myanmar membincangkan rancangan untuk mengadakan pilihan raya di negara itu bersama bekas Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen.
Eurovision: Tahap keselamatan dipertingkat menjelang separuh akhir
Protes pro-Palestin dirancang di bandar tersebut secara besar-besaran, dengan perhatian diberi terhadap prestasi wakil Israel.
Ziarah masuk raudah antara program untuk jemaah haji
Jemaah haji yang masuk ke Madinah sebelum ke Mekah akan melalui beberapa siri program yang telah diatur oleh pihak Tabung Haji.
Perincian lanjut bersama Editor & Penerbit Astro AWANI Dr Azlinariah Abdullah.
Perincian lanjut bersama Editor & Penerbit Astro AWANI Dr Azlinariah Abdullah.
Brazil kekal berkecuali dalam perang Rusia-Ukraine - Lula
Katanya, Brazil antara kumpulan negara yang mahu kekal berkecuali dalam usaha menyumbang kepada kemungkinan menamatkan perang.
Sempena setahun konflik Rusia-Ukraine, PBB akan mengundi resolusi mengenai Ukraine
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengundi resolusi mengenai Ukraine yang dikemukakan oleh Kiev dan wakil Kesatuan Eropah sempena setahun pencerobohan Rusia.
Ukraine "tinggalkan" proses rundingan tamatkan konflik - Putin
Presiden Rusia Vladimir Putin memberitahu Perdana Menteri India, Narendra Modi bahawa Ukraine "meninggalkan" proses rundingan bagi menamatkan konflik Rusia-Ukraine.
Harga makanan melambung, terpaksa catu hidangan utama - Pelajar Malaysia di Rusia
Kesan sekatan ekonomi akibat konflik Rusia-Ukraine menjejaskan aliran kewangan dan cara perbelanjaan sebilangan besar pelajar Malaysia di Rusia.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Belum dilihat bagaimana konflik Rusia-Ukraine dapat diselesaikan, tetapi yang mendapat manfaat yang jelas adalah harga komoditi.
Nilai ringgit lebih tinggi berbanding dolar AS hari ketiga berturut-turut
Pada jam 9 pagi, nilai mata wang tempatan bertambah kepada 4.1825/1850 berbanding dolar AS.